Tuesday, July 31, 2012

Perkara Yang Dilarang Ketika Melaungkan Azan


Melaungkan azan bukan lah sesuatu yang mudah dan ramai orang tak sedar hal ni.Termasuk lh aku..Banyak kelebihan menjadi seorang muazzin dan untuk itu azan mestilah dilaungkan dengan sempurna. Ini lah tugas seorang muazzin sejati.
ANTARA PERKARA-PERKARA YANG DILARANG
Haram talhin (berlagu-lagu) ketika azan dan iqamah jika lagu-lagu itu mengubah makna kalimah-kalimahnya atau menimbulkan kewahaman yang ditegah. Seperti contoh-contoh berikut:
1. Memanjangkan huruf “hamzah” pada kalimah asyhadu jawi5 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin maka menjadilah hamzah itu sebagai istifham (tanda tanya).
2. Memanjangkan huruf “ba” pada kalimah akbar jawi6 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin maka menjadilah ia sebagai jama‘ kepada kabar yang bererti gendang yang satu muka.
3. Mengwakafkan pada kalimah la ilaha jawi7 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin yang bererti “tiada Tuhan” dan memulakan bacaan pada kalimah illallah (إلا الله) yang bererti “melainkan Allah” maka perkara ini boleh membawa kepada kufur.
4. Memanjangkan huruf “alif” pada kalimah Allah jawi9 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin kerana melebihi pada huruf mad dan lin daripada kadar yang dibaca oleh orang Arab maka itu adalah salah.
5. Menukar huruf “alif” kepada huruf “ha” pada kalimah Allah jawi10.pg Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin
6. Memanjangkan huruf “hamzah” pada kalimah akbar jawi11.pg Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin
7. Tidak menyebut huruf “ha” pada kalimah as-shalah jawi12 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin maka menjadilah maksudnya seruan menuju ke neraka. – (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 1/473)




Diharap semua mendapat manfaat daripada artikel kali ini. Marilah kita bersama-sama cuba untuk menjalankan tanggungjawag sebagai muazzin di dalam kariah kita kerana banyak kelebihannya menjadi muazzin ini seperti yang disebut oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadith:-
Maksudnya:
Dari Ibnu Amru bin Al-‘As Radiallahu-Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tukang azan yang melaungkan azan secara sukarela adalah seperti seorang syahid yang berlumuran darah, jika dia meninggal dunia, matinya tidak berulat di dalam kubur. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi:-
Maksudnya:
Barangsiapa azan tujuh tahun dengan ikhlas kerana Allah Subhanahu Wataala, nescaya wajib baginya lepas dari api neraka. (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi)
Info yang sangat-sangat berguna buat aku.

Friday, July 27, 2012

Tersesat di sini

Salam Ramadhan..Semoga Ramadhan kali ni lebih bererti dari tahun- tahun sebelumnya..InsyaAllah..Masuk hari ni dah dekat seminggu aku kat sini, UiTM puncak Alam. Aku tak pernah terfikir dapat belajar kat sini walaupun cume sebulan lebih.Rasa cuak pun ada sebab bukan tempat aku.huhu..Environment kat sini pun lain.Tapi rasanye aku dah jatuh hati dengan UiTM ni :P..


Perjalanan bermula...


Aku mane lah pernah sampai sini..Lagipun sini dah sampai kawasan Ijok, Meru dan belah-belah Selangor yang memang aku tak terfikir nak pergi. But before that aku kene ride sorang- sorang dulu untuk pergi KL untuk singgah rumah kakak aku dulu.Sebab beg baju aku sume kat sane dah. Kesian kat motor kriss aku tu yang menjadi mangsa penderaan untuk ride jauh-jauh..haha..Pagi sabtu tu aku pun gerak dalam pukul 8.00 dari rumah dan terpinga-pinga nak ikut PLUS ata Kuala Selangor? Lastly aku pilih Kuala Selangor walaupun aku tak pernah lalu ikut situ, tapi terpaksa gak lah dari aku ikut jalan PLUS yang memang lagi jauh.. Dengan direction dari seorang rakan, akhirnya aku berjaya sampai KL dekat pukul 11.00 pagi.. setengah jam lewat dari motor biasa, sebab motor aku ni tak laju.haha..Sesampai kat sane aku cube cari info untuk pergi ke UiTM Puncak Alam untuk hari esok. Bile tengok map macam senang. Bile tanya direction dari sha, lagi lah senang..Esoknya aku tak bernasib baik sebab abang aku tak dapat balik kerja awal seperti yang dijanjikan.Jadi terpaksalah aku gerak sorang-sorang pagi Isnin dan memastikan aku sampai awal sebab Aim gtaw yang yuran kolej kene bayar sebelum pukul8.30 pagi. Aku pun tak paham kenape yuran kene bayar pagi- pagi. Tapi lain tempat lain lah caranya. Esoknya aku pun gerak pukul 6.00 pagi selepas sahur dan solat subuh.Naik motor gak sebab abang aku keje full,huhu..Tapi ok lah kot sebab aku naik motor die..kalau motor aku mungkin tak sampai.haha.Aku spent 2jam untuk sampai sana, dan perjalanan sebenar bermula lepas aku dah kuar dari tol Jalan Duta. target aku nak cari Sungai Buloh dulu sebab ikut direction Sha. Sampai kat persimpangan antara Shah Alam dan Sungai Buloh aku dok gatai tanya akak yang tengah jalan kaki sorang-sorang kat tepi highway tu..Aku pun tak paham pe motif die dok jalan sorang-sorang sambil membawa beg di subuh yang hening ni.Lari rumah kot.haha..Yang paling pelik dia tau lak UiTM tu walaupun dia dok bagi jalan yang paling jauh.haha..Aku pun confident je ikut jalan yang die bagi sampai lh kat Kampung Baru Subang dan jalan nak ke TUDM.Bapak jauh jalan tu sebenarnya sebab dah main pusing-pusing dan sikit lagi nak sampai Mont Kiara.Tanks lah akak sebab dah tolong saya, ikhlas ni.hee..pepun Alhamdulillah aku selamat sampai kat UiTM Puncak Alam dalam pukul lapan pagi. Dekat 2jam perjalanan walaupun sebenarnya 45minit je dari bangsar tu..huhu.


Tak habes kat situ, sampai-sampai je nak daftar kolej, kene sound lak dengan kakak kerani kolej tu sebab tak register semalam. Dan gaya die bercakap macam dia sorang je yang puasa..haha.Xpelah, yang penting akhirnya dia bagi jugak aku kolej. Kalau nak suruh cari rumah sewa memang tak lah, nak datang sini pun aku takda duit dah,..haha. Aku dapat kolej tingkat 7 dan kat sini kolej die macam rumah,sangat cantik dan selesa. Kemudahan internet pakai cable sorang satu. Dah macam kat UTP lak. Satu bilik dua orang dan keadaan agak sejuk sebab kat atas bukit. Suasana pun sunyi dan tenang je..Sesuai lah untuk study kot..Kot lah..haha..




 nice view..



 kolej rafflesia





 fakulti paling tinggi kat sini. tak taw fakulti pe.perubatan kot..





 dewan makan yang luas








 ni lah bilik aku..tilam Sweet dream yang tak tahan tu








 kolej Angsana


 student sini panggil tangga batu cave. tangga ni lah yang menghubungkankolej dengan fakulti. memang penat kalau nak naik tangga ni.haha..




Walaupun kolej kat sini sampai aras lapan dan tujuh, kalau tak silap sembilan pun ada.. Tapi water cooler ada di setiap aras dan beselh mesti ada kemudahan lift..tak da lah aku risau sangat nak cari sumber air untuk masak megi malam-malam.he2..lagi sebulan aku kat sini..And the most important, POLIS BANTUAN KAT SINI BAIK-BAIK BELAKA..TAK SUKA MENYAMAN DAN NAMPAK MESRA PELAJAR..serius aku respek sangat2..xmacam kat seri iskandar..haha..apelah aku ni bulan-bulan pose ni kan.huhu..Harap-harap sumenye berjalan lancar..InsyaALLAH Aminnn...