Tuesday, July 31, 2012

Perkara Yang Dilarang Ketika Melaungkan Azan


Melaungkan azan bukan lah sesuatu yang mudah dan ramai orang tak sedar hal ni.Termasuk lh aku..Banyak kelebihan menjadi seorang muazzin dan untuk itu azan mestilah dilaungkan dengan sempurna. Ini lah tugas seorang muazzin sejati.
ANTARA PERKARA-PERKARA YANG DILARANG
Haram talhin (berlagu-lagu) ketika azan dan iqamah jika lagu-lagu itu mengubah makna kalimah-kalimahnya atau menimbulkan kewahaman yang ditegah. Seperti contoh-contoh berikut:
1. Memanjangkan huruf “hamzah” pada kalimah asyhadu jawi5 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin maka menjadilah hamzah itu sebagai istifham (tanda tanya).
2. Memanjangkan huruf “ba” pada kalimah akbar jawi6 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin maka menjadilah ia sebagai jama‘ kepada kabar yang bererti gendang yang satu muka.
3. Mengwakafkan pada kalimah la ilaha jawi7 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin yang bererti “tiada Tuhan” dan memulakan bacaan pada kalimah illallah (إلا الله) yang bererti “melainkan Allah” maka perkara ini boleh membawa kepada kufur.
4. Memanjangkan huruf “alif” pada kalimah Allah jawi9 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin kerana melebihi pada huruf mad dan lin daripada kadar yang dibaca oleh orang Arab maka itu adalah salah.
5. Menukar huruf “alif” kepada huruf “ha” pada kalimah Allah jawi10.pg Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin
6. Memanjangkan huruf “hamzah” pada kalimah akbar jawi11.pg Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin
7. Tidak menyebut huruf “ha” pada kalimah as-shalah jawi12 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin maka menjadilah maksudnya seruan menuju ke neraka. – (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 1/473)




Diharap semua mendapat manfaat daripada artikel kali ini. Marilah kita bersama-sama cuba untuk menjalankan tanggungjawag sebagai muazzin di dalam kariah kita kerana banyak kelebihannya menjadi muazzin ini seperti yang disebut oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadith:-
Maksudnya:
Dari Ibnu Amru bin Al-‘As Radiallahu-Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tukang azan yang melaungkan azan secara sukarela adalah seperti seorang syahid yang berlumuran darah, jika dia meninggal dunia, matinya tidak berulat di dalam kubur. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi:-
Maksudnya:
Barangsiapa azan tujuh tahun dengan ikhlas kerana Allah Subhanahu Wataala, nescaya wajib baginya lepas dari api neraka. (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi)
Info yang sangat-sangat berguna buat aku.

No comments: