Friday, May 4, 2012

UDNIR

Kenapa mesti ada rindu dalam hati ini? Salahkah kalau kita merindui seseorang selain dari rindu kepada Allah? Semoga sayang, kasih dan rindu yang ada dalam hati ini pada Allah adalah yang paling agung. Insyaallah, setiap dari kita pasti ingin menjadi hambanya yang terbaik di dunia dan akhirat. Hati dan jiwa ini adalah milik mutlak Allah swt. Kita hanya dipinjamkan sementara untuk merasai dan menikmati keindahan mempunyai mempunyai hati dan perasaan di dunia ini. Kadangkala hati kita memberontak apabila apa yang diinginkan tidak diperoleh. Kita merajuk, marah, murung, sedih dan tertekan...sehingga kita mencari ruang sendiri dengan pelbagai cara untuk merawat kedukaan hati..namun hanya pada Allah jua lah tempat untuk kita mengadu kerana Dia Maha Mendengar dan mengasihani. Insyaallah sekiranya kita bersabar dan redha dengan semua kekusutan atau musibah yang diberi oleh Allah, kita akan memperoleh hikmah yang mungkin kita tak pernah duga. Itulah kebesaran Allah. Sesungguhnya perancangan Allah pastinya lebih baik..Allah tidak akan pernah melupakan hambanya cuma kita yang seringkali melupakanNya  kerana tidak dapat menerima takdirNya. Semoga Allah sentiasa merestui setiap apa yang hati dan jiwa kita rasa atau inginkan. Semoga hati ini juga sentiasa bersih dan suci dari berprasangka jahat. Nauzubillah...

kamu...dalam penafian ini..terselit juga rasa rindu..
pe nak wat kan..


"kalau kita ingat kat orang, orang akan ingat kat kita"...bomoh choprak yg ckp..:P


tak kisah lah rindu tu berbalas atau tak...sebab hanya Johari yang mengenal Maniam..walaupun Maniam dah lame xcontact Johari..

"datang dan pergi, melupakanmu jauh sekali"

No comments: