Sunday, April 15, 2012

CINTA TANPA SESALAN...

Tidak semua manusia bernasib baik dalam hidup ni. Tiap yang berada diatas pasti ada yang berada di bawah. tiap yang sempurna pasti ada yang kekurangan dan tiap yang kaya pasti ada yang miskin. Tetapi yang pasti usaha setiap dari mereka adalah sama. Mereka tidak pernah berputus asa untuk merubah nasib. Cuma yang berbeza adalah peluang yg tersedia. Jadi bersyukurlah uuntuk segala nikmat yang diberi. Sangat sakit jika segala ujian ditempuhi berseorangan kerana dunia seakan gelap dan memakan diri. Tetapi pedih juga hati ini apabila melihat insan yg disayangi berkongsi kesedihan yang sama kerana ketabahan hanya ada dalam diri ini, tidak bagi diri seorang kanak- kanak atau orang lain. Rasa bersalah tidak pernah hilang kerana rasa cinta yang dibina dalam serba kekurangan. Hari yang mendatang dinanti dengan penuh harapan, dan hari yang berlalu ditempuhi dengan perasaan lemah. Namun hati dan lidah tidak lekang dari rasa syukur kerana nikmat hidup yang lebih dari segalanya masih dirasai. Dulu atau sekarang sama sahaja kerana zaman tidak pernah berubah, sebaliknya kita lah yang merubahnya. 




cinta yang yang tak pernah hilang walau serba kekurangan...

 kanak- kanak ini tidak bersalah atas takdir hidupnya. Setiap dari kita berpeluang merubahnya tanpa meletakkan sepenuh tanggunjawab pada adik kecil ini..


Dugaan dan cabaran tidak diturunkan pada makhluk yang tidak mampu menghadapinya...


 Diri yang penuh dengan rasa syukur dan sentiasa mengingati Allah membuat kita menghargai kehidupan yang sementara ini. 


Gambar yang kabur ni membuat aku teringat segala perkara yang aku tinggalkan dibelakang. Pengalaman adalah pengajaran. Tetapi amat sakit bila mengenang, sangat susah untuk melupakannya...


 Erti cinta sejati sebenar yang tiada akhirnya.


Kenapa rumah kita tak macam orang tu... Nanti adik buat rumah lagi besar dari die...

Gambar ni aku ambik kat batu5...Walau sesukar mana pun, cinta ini tak pernah padam..bukan pada manusia seluruhnya, tapi pada- Mu ya Allah..


Sejujurnya aku tak pernah tinggalkan semua ni kat belakang...aku sedar dari mane aku datang.. apa lagi untuk melupakan Mu walau seketika ya Allah, jauh sekali... Tidak ada kesenangan yang kekal dalam dunia ini. Hidupnya kita sebagai pejuang, mati nanti sebagai pembela, pembela diri sendiri keatas segala perbuatan di dunia... Ya Allah, Alhamdulillah untuk segala nikmat dan rasa cinta ini... Alhamdulillah syukur...

No comments: