Thursday, April 12, 2012

SATU


“Ini ha., duit yang aku pinjam hari tu. Maaf terlupa…” Kata seorang kawan bila tiba-tiba sahaja menghulurkan wang.
Setelah agak lama baru aku teringat tentang hal tu. Kawan ku pernah  meminjam duitku untuk membeli barang . Hari-hari berlalu seperti ingin mengingatkannya akan hal tersebut, namun hatiku keras berkata…
Biarlah, mengadu dan memohon hanya pada Allah….tiada apa yang perlu dibimbangkan. Allah lebih mengerti apa, mengapa dan bagaimana setiap peristiwa atau kejadian itu disusun…Aku hanya perlu bersyukur dan bersabar dalam menghayati skrip kehidupan ini..
Sejak hari itu aku sudah lupakan hal tersebut . Namun jauh di sudut hati aku sangat yakin,  bahawasanya Allah pasti ada rancangan yang menarik. Memang benar, bila segala urusan diserahkan kepada Allah, sudah tentu kesannya sangat baik, walaupun kadang-kadang pada zahirnya kelihatan atau dirasakan seperti tidak sesuai dengan kehendak dan kesukaan hati .
Menghayati skrip kehidupan sambil memikirkan kebesaran dan kehebatan Allah adalah strategi  ampuh untuk meningkatkan iman. Ujian yang pelbagai rupa akan terus mendampingi kita selagi hayat dikandung badan. Namun, keyakinan bahawa semua takdir Allah adalah baik, menjadikan hati ringan dan bersedia menghadapinya…apapun ujiannya…
Aku boleh meminta dengan makhluk, namun berharap hanya pada Allah . Justeru , aku tidak terkesan dengan tingkah laku makhluk. Setiap situasi  atau kejadian hanya memerlukan aku bersyukur dan bersabar. Makhluk tidak boleh memberi manfaat tanpa izin Allah. Makhluk juga tidak mampu memberi mudarat tanpa izinNya.  
Cukuplah Allah sebagai tempat mengadu dan memohon….
Mengingatkan prinsip  ini, selalu membuatku senyum bahagia… InsyaALLAH semuanya pasti akan baik....:)


UNGU- DENGAN NAFASMU
Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku
Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU
Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam doaku
Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris doa ku untuk-Mu


No comments: